Sunday 8 March 2015

Nota Ringkas

KATA GANDA
  • Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
  • Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
  • Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : 
    • Kata ganda seluruh
      • Kata ganda separa
      • Kata ganda berentak/berima
      • Kata ganda berimbuhan

KATA GANDA SELURUH/PENUH
  • Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
  • Contoh kata ganda seluruh  iaitu: 
KATA NAMA
KATA KERJA
KATA ADJEKTIF
Buku-buku
Pusing-pusing
Cantik-cantik
Murid-murid
Geleng-geleng
Panjang-panjang
Meja-meja
Gelak-gelak
Merah-merah

  • Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN
MAKNA JAMAK
MAKNA TUNGGAL
Api-api
Banyaknya api
Sejenis serangga
Kuda-kuda
Banyaknya kuda
Kayu penyangga
Anak-anak
Banyaknya anak
mainan

KATA GANDA SEPARA
  • Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.  Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf  e .Contoh :

KATA DASAR
KATA GANDA
KATA GANDA SEPARA
Layang
Layang-layang
Lelayang
Kuda
Kuda-kuda
Kekuda
Tupai
Tupai-tupai
Tetupai
Siku
Siku-siku
Sesiku
Bola
Bola-bola
Bebola
Jari
Jari-jari
Jejari
Langit
Langit-langit
Lelangit

  • Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.

KATA GANDA BERIMA/BERENTAK
  • Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
  • Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

JENIS KATA GANDA
CONTOH
CONTOH AYAT
Persamaan bunyi di hujung
Kuih-muih, lauk-pauk
Kuih-muih itu terhidang di atas meja
Persamaan bunyi di pangkal
Batu-batan, bukit-bukau
Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok
Persesuaian bunyi keseluruhan
Kusut-masai, simpang-siur
Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.

KATA GANDA BERIMBUHAN
  • Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran.  Contoh :

IMBUHAN
CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN
Awalan
Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat
Apitan
Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
Sisipan
Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap
Akhiran
Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan

No comments:

Post a Comment