Sunday, 8 March 2015
Nota Ringkas
KATA GANDA
- Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
- Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
- Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu :
- Kata ganda seluruh
- Kata ganda separa
- Kata ganda berentak/berima
- Kata ganda berimbuhan
KATA GANDA SELURUH/PENUH
- Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
- Contoh kata ganda seluruh iaitu:
KATA NAMA
|
KATA KERJA
|
KATA ADJEKTIF
|
Buku-buku
|
Pusing-pusing
|
Cantik-cantik
|
Murid-murid
|
Geleng-geleng
|
Panjang-panjang
|
Meja-meja
|
Gelak-gelak
|
Merah-merah
|
- Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.
PENGANDAAN
|
MAKNA JAMAK
|
MAKNA TUNGGAL
|
Api-api
|
Banyaknya api
|
Sejenis serangga
|
Kuda-kuda
|
Banyaknya kuda
|
Kayu penyangga
|
Anak-anak
|
Banyaknya anak
|
mainan
|
KATA GANDA SEPARA
- Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e .Contoh :
KATA DASAR
|
KATA GANDA
|
KATA GANDA SEPARA
|
Layang
|
Layang-layang
|
Lelayang
|
Kuda
|
Kuda-kuda
|
Kekuda
|
Tupai
|
Tupai-tupai
|
Tetupai
|
Siku
|
Siku-siku
|
Sesiku
|
Bola
|
Bola-bola
|
Bebola
|
Jari
|
Jari-jari
|
Jejari
|
Langit
|
Langit-langit
|
Lelangit
|
- Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.
KATA GANDA BERIMA/BERENTAK
- Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
- Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:
JENIS KATA GANDA
|
CONTOH
|
CONTOH AYAT
|
Persamaan bunyi di hujung
|
Kuih-muih, lauk-pauk
|
Kuih-muih itu terhidang di atas meja
|
Persamaan bunyi di pangkal
|
Batu-batan, bukit-bukau
|
Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok
|
Persesuaian bunyi keseluruhan
|
Kusut-masai, simpang-siur
|
Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.
|
KATA GANDA BERIMBUHAN
- Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran. Contoh :
IMBUHAN
|
CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN
|
Awalan
|
Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat
|
Apitan
|
Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
|
Sisipan
|
Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap
|
Akhiran
|
Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan
|
Monday, 12 January 2015
Monday, 29 December 2014
PPG UUM KOHORT 1 2011-2015
KENANGAN DI UUM DAH HAMPIR KE PENGHUJUNG


KENANGAN DI UUM DAH HAMPIR KE PENGHUJUNG
Tuesday, 6 May 2014
BAHASA MELAYU ~ NILAI MURNI
Huraian Nilai Murni
BIL
|
NILAI MURNI
|
HURAIAN
|
CONTOH AKTIVITI
|
1
|
Baik hati
|
Mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka.
|
· Member pinjaman sesuatu barang kepada rakan yang memerlukan.
· Menziarahi rakan yang sakit atau ditimpa kemalangan.
|
2
|
Berdikari
|
Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
|
· Melakukan tugasan tertentu tanpa banyak bantuan daripada orang lain.
· Merancang dan menguruskan sesuatu aktiviti tanpa bantuan daripada orang lain.
|
3
|
Hemah tinggi
|
Budi pekerti yang diamalkan oleh seseorang
|
· Mempamerkan tingkahlaku sopan santun.
· Beramah mesra dengan semua lapisan masyarakat di dalam dan luar sekolah.
|
4
|
Hormat menghormati
|
Menghargai dan memuliakan seseorang serta member layanan yang sewajarnya
|
· Bertegur sapa dan member ucapan salam semasa bertemu
· Member hormat kepada ibu bapa sebelum pergi ke sekolah
|
5
|
Kasih sayang
|
Perasaan kasih dan saying yang mendalam yang lahir dari hati yang mulia dan ikhlas
|
· Belajar secara berkumpulan
· Membuat kerja amal
· Pungut derma dan barangan terpakai untuk yang memerlukan
|
6
|
Keadilan
|
Memberi layangan yang sama dan tidak berat sebelah
|
· Mengagihkan tugasan sama rata antara pelajar.
· Mendamaikan dua pihak yang berselisih faham.
· Member layanan yang sama antara pelajar
|
7
|
Kebebasan
|
Boleh melakukan sesuatu asalkan mengikut peraturan sekolah, negara dan agama
|
· Kebebasan melakukan dan membincangkan sesuatu perkara.
· Lantikan sesuatu jawatan melalui pengundian.
|
8
|
Keberanian
|
Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati
|
· Menyertai sebarang pertandingan
· Menyertai aktiviti kembara seperti berkhemah di hutan, dan mengharung sungai.
|
BIL
|
NILAI MURNI
|
HURAIAN
|
CONTOH AKTIVITI
|
9
|
Kebersihan Fizikal
|
Kebersihan diri, alam sekitar, pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian
|
· Kebersihan pakaian dan diri
· Bergotong-royong membersihkan kelas, sekolah, rumah, dan kampong.
|
10
|
Kejujuran
|
Niat yang baik, amanah, jujur, dan tidak mengharap balasan
|
· Memulangkan barang-barang seperti dompet wang atau barang-barang yang berharga kepada tuannya.
|
11
|
Kerajinan
|
Usaha berterusan, penuh dengan semangat, ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi
|
· Menghias dan membersihkan kelas serta sekolah secara beramai-ramai atau bergotong-royong
|
12
|
Kerjasama
|
Sesuatu kerja dilakukan bersama di peringkat individu, masyarakat dan negara
|
· Membantu rakan yang sedang bertugas
· Belajar secara berpasangan atau berkumpulan
· Mewujudkan pasukan penyokong di peringkat rumah, kelas, sekolah dalam sesuatu pertandingan sukan.
|
13
|
Kesederhanaan
|
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan
|
· Berjimat cermat dan menabung
· Menggalakan sumbangan pelbagai pihak bagi menjayakan aktiviti sekolah.
|
14
|
Kesyukuran
|
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas segala nikmat yang diterima
|
· Amalan berdoa dan memohon keredaan Tuhan dalam apa jua usaha.
· Majlis kesyukuran setiap kali kejayaan dicapai.
|
15
|
Rasional
|
Boleh berfikir berdasarkan alasan bukti yang nyata / memikirkan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya.
|
· Pelajar berbahas dan bersyarah tentang sesuatu tajuk yang mencabar daya imaginasi, inovasi serta fikiran.
· Program keinsafan seperti meminta banduan menceritakan sejarah hitam dalam hidupnya.
|
16
|
Semangat bermasyarakat / kejiranan
|
Semangat suka membantu serta member khidmat secara sukarela tanpa mengharapkan ganjaran atau upah daripada komuniti
|
· Aktiviti gotong-royong peringkat sekolah yang melibatkan PIBG
· Membantu orang sakit atau ditimpa kemalangan
· Melawat kawasan di luar sekolah seperti kilang-kilang yang berhampiran
· Member khidmat sukarela di rumah kebajikan, rumah orang tua, rumah orang buta dan hospital.
· Gotong-royong kenduri
· Beri makan kepada jiran/tolong jiran
· Ziarah kematian – ucap takziah
|
Wednesday, 18 December 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
